PERKEMBANGAN MENDAFTA,
KEBANGKITAN NASIONALISME DAN CABARAN PIHAK BARAT
(1683M – 1827M)
Kebangkitan ini adalah melalui beberapa sector iaitu :
1)
Ekonomi
2)
Pendidikan
3)
Social
Ekonomi di Zaman Turki ‘Uthmaniyyah’
Kerajaan ini telah Berjaya meguasai kota Istambul menyebabkan
Negara-negara Eropah melihat kerajaan Turki ini sebagai suatu kerajaan yang
hebat dan berwibawa. Oleh itu, Negara-negara Eropah telah menjalinkan hubungan
diplomatic dengan kerajaan Turki. Mereka juga telah membuka jalan kepada
pertumbuhan ekonomi yang pesat.
Namun begitu, kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah’ masih tidak
bergantung kepada Negara-negara lain dalam penyediaan kemudahan kepada rakyah. Malah,
golongan elit telah menggunakan rempah ratus sertakain kapas yang berkualiti
tinggi untuk diimport dari India.
Kerajaan ini telah memperoleh kekayaan melalui dua sumber
iaitu cukai dan tanah jajarah. Pada tahun 1450an Serbia telah memberi ruang
kepada Kerajaan ‘Uthmaniyyah’ untuk menguasai lombong-lombong perak diwilayah
berkenaan. Segala kekayaan yang diperolehi telah disalurkan bagi kebajikan
rakyat.
Pendidikan di Zaman Turki
‘Uthmaniyyah’
Suasana
pendidikan pada Zaman Turki ‘Uthmaniyyah’ telah berda pada tahap yang cemerlang.
Iaitu pada zaman pemerintahn Sultan Muhammad Al-Fateh. (Muhammad II) Beliau
sangat menitikberatkan soal ilmu dan pendidikan kerana baginda sendiri juga
telah menerima pendidikan yang sempurna sejak kecil.
Para alim
ualam telah mendpat tempat yang tinggi disisi Sultan Muhammad al-fateh. Mereka
telah memberi galakan yang baik kepada seluruh rakyat dalam mendalami ilmu
pengetahuan. Sultan Muhammad Al-Fateh telah menubuhkan beberapa institusi
pendidikan tinggi iaitu :
1) Medresse yang bertaraf kolej
2) Mektebs yang boleh didapati pada
setiap pelusuk kampong
Kesungguhan
Sultan Muhammad Al-Fateh untuk menjadikan rakyat dizaman pemerintahan menjadi
golongan yang berpendidikan dan memiliki tahap intelektual yang tinggi terbukti
telah Berjaya. Usaha ini telah menjadikan Turki sebuah Negara yang dipandang
hebat dan dihormati oleh masyarakat dunia.
Sosial di Zaman Turki ‘Uthmaniyyah’
Suasana social di zaman Turki ‘Uthmaniyyah’ berada dalam
keadaan yang aman dan stabil. Ia disebabkan kebijaksanaan dan kecekapan pemerintahan
serta kestabilan ekonomi yang dinikmati oleh negara. Negara Turki telah
menetapkan rakyat yang beragama Islam dan masyarakat bukan islam yang terdiri
daripada penganut Kristian dan Yahudi.
Masyarakat bukan islam menikmati hak-hak seperti yang dinimati
masyarakat islam. Namun kewajipan dan tanggungjawap yang perlu mereka tunaikan
sama seperti rakyat beragama islam. Bagi masyarakat bukan islam mereka bebas
untuk mengamalkan ajaran mereka tanpa ada sekatan daripada pemerintah.
Peristiwa ini menggambarkan secara jelas ketokohan
pemerintahan kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah’ yang sangat prihatin terhadap
rakyatnya tanpa mengira katurunan, bangsa atau anutan
Persiapan Awal Membebaskan
Constantinople
Selama 2 tahun Sultan Muhammad
Al-Fateh menaiki tahta. Baginda banyak mengkali pelan Kota Constantinople.
Setiap malam baginda mengkaji bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda
juga sempat mengkali kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan
panglima-panglima perangnya tentang startegi yang sesuai untuk menyerang.
Baginda mengarahkan tenteranya untuk
membina peralatan perang termoden seperti meriam besar. Meriam tersebut boleh
menembak bom 300 kg sejauh 1 batu.
Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh
membawa bersama para ulamak da pakar motivasi ke medan perang. Sebaik sahaja
mereka menghampiri dinding berjemaah, tentera Byzantine gentar melihat 150 000
tentera islam bersolat dibelakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir
memecah kesunyian alam.
Pasukan Sultan Muhammad
Al-Fateh tiba di Kota Constantinople pada hari Khamis 26 Rabiul Awal 857 H atau
6 April 1453 M. Di hadapan tenteranya, sultan Al-Fateh lebih dahulu berkhutbah
mengigatkan tentang kelebihan jihd, kepentingan memuliakan niat dan harapan
kemenangan dihadapan Allah SWT.
Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota Constantinople
tersebut dihujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dindang luarnya rosak
tetapi dinding masih tenguh.
Kemudian Kota Constantinople telah dikejutkan dengan
kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini
adalah dari hasil kebijaksanan Baginda mengankut kapal-kapal ke atas gunung dan
kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn.
Pada 27 Mei 1453, Sultan Muhammad Al-Fateh bersama tenteranya
berusaha keras membersihkan diri di hadapan Allah SWT. Mereka memperbanyakkan
solat, doa dan zikir. Sehingga tepat jam 1 pagi hari selsa 20 Jamadil Awal 857
H. Tanggal 29 Mei 1453, serangan uatam dilancarkan. Para mujahidin
diperintahkan supaya meniggikan suara takbir kalimah tauhid sambil menyerang
Kota tersebut.
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan islam.
Baginda menukar nama kepada Islambol (Islam Keseluruhan). Gereja Besar St
Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya.