Tuesday 23 February 2016

Zaman Turki 'Uthmaniyyah'


ZAMAN TURKI ‘UTHMANIYYAH’








(1299M – 1924M)

Kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah’ diasaskan oleh Othman, iaitu putera kepada Ertoghrul. Kemunculan kerajaan ini adalah setelah berlakunya kejatuhan kerajaan Seljuk yang berlaku pada sekitar pertengahan kurun ke-13. Empayar ini dikenali oleh keluarga Bani Othman. Keluarga ini adalah sebahagian kecil suku bangsa Turki yang menetap disitu. Kerajaan ‘Uthmaniyyah’ ini berperanan menyatukan Anotolia dan negara-negara di rantau Balkan dibawah satu pemerintahan yang menjadikannya sebagai sebuah empayar Islam.

Pemerintahan kerajaan Islam Uthmaniyyah bermula pada akhir abad ke-13. Pemerintahan ini boleh dibahagikan kepada beberapa fasa iaitu :
1)    Peringkat awal penubuhan (1299 – 1453)
2)    Perkembangan dan pengukuhan (1453 – 1682)
3)    Perkembangan mendatar, kebangkitan nasionalisme dan cabaran pihak Barat (1683 – 1827)
4)    Kemerosotan dan kejatuhan (1828 – 1908)
5)    Perbubaran pemerintahan (1908 – 1924)


Peringkat Awal

PERINGKAT AWAL PENUBUHAN
(1299M – 1453M)
















Kehebatan kerajaan Turki ‘ Uthmaniyyah’ dinyatakan oleh ahli sejarah bermula dengan kejayaan penaklukan ‘Kota Constantinople’ (Tahun 1453). Kehebatan ini bertahan sehinggalah zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Al-Qanuni yang meninggal dunia pada tahun 1566.









Sepanjang kegemilangan itu, Turki telah dipimpin oleh sultan-sultan yang baik.
1)    Sultan Muhammad II Al-Fateh (1451 – 1481)
2)    Sultan Beyazid II (1481 – 1512)
3)    Sultan Salim I (1512 – 1520)








4)    Sultan Sulaiman I Al-Qanuni (1520 – 1566

    Kerajaan ‘Uthmaniyyah’ banyak memberi tumpuan kepada usaha menentang tentera Byzatine yang menguasai wilayah-wilayah sebelah barat. Misi terakhir Othman sebelum kematiannya, adalah untuk menentang tentera Byzatine di Bursa pada tahun 1324. Setelah kematiannya, kerajaan ‘Uthmaniyyah’ meneruskan penguasaan mereka ke Negara-negara sekitar sehinggalah Berjaya menguasai Kota Constantinople pada tahun 14

Perkembangan Uthmaniyyah

PERKEMBANGAN DAN PENGUKUHAN
(1453M – 1682M)







Pada tahun 1453 adalah pembukaan ‘Kota Constantinople’ (Islam Bol). Pembukaan kota ini menjadi tumpuan utama untuk menyebarkan islam ke seluruh benua Eropah. Para sejarawan telah menganggap peristiwa pembukaan kota ini adalah sesuatu peristiwa besar yang telah dicatatkan didalam sejarah dunia. Sultan Muhammad Al-Fateh juga telah menjadi tokoh yang penting dalam peristiwa tersebut. Beliau telah berjaya melakukan banyak perubahan dalam pentadbirannya. Nama ‘Kota Constantiniple’ juga telah ditukarkan kepada “Islam Bul” yang bermaksud Bandar Islam. Islam Bul juga kini telah dikenali sebagai ‘Istambul’
Pemerintahan kerajaan ‘Uthmaniyyah’ ini telah mencapai zaman kegemilangan pada zaman Sultan Muhammad Al-Fateh. Kerajaan ‘Uthmaniyyah’ banyak terkenal melalui :
1)    Ketua yang bijaksana






2)    Tenteranya yang hebat








3)    Mempunyai pasukan Armada Laut yang unggul








4)    Mempunyai pelabuhan-pelabuhan yang terkenal
Setelah pembukaan ‘Kota Constantinople’ (Istambul), rakyat telah diwajibkan untuk :
1)    Mengikuti pendidikan dan latihan tentera
2)    Kaum feudal atau tuan tanah perlu menyediakan kuda serta peralatan perang untuk disumbangkan kepada tentera.
3)    Membentuk angkatan baharu yang disebut ‘Janisari’ dan ‘Inkisariyah’



Dalam struktur pemerintahan kerajaan ‘Uthmaniyyah’, khalifah merupakan penguasa tertinggi dan dibantu oleh perdana menteri (sadr al-a’zham) dan gabenor (pasya). Dibawah gabenor, wujudnya jawatan pegawai daerah (al-janaziq). Sultan Sulaiman I juga telah digelar (al-Qanuni) kerana beliau telah memperkenalkan pelbagai peraturan dan undang-undang yang telah diguna pakai hingga abad ke-19.


Cabaran Dari Phihak Luar





























PERKEMBANGAN MENDAFTA, KEBANGKITAN NASIONALISME DAN CABARAN PIHAK BARAT
(1683M – 1827M)
                                                       
Kebangkitan ini adalah melalui beberapa sector iaitu :
1)    Ekonomi
2)    Pendidikan
3)    Social

Ekonomi di Zaman Turki ‘Uthmaniyyah’

Kerajaan ini telah Berjaya meguasai kota Istambul menyebabkan Negara-negara Eropah melihat kerajaan Turki ini sebagai suatu kerajaan yang hebat dan berwibawa. Oleh itu, Negara-negara Eropah telah menjalinkan hubungan diplomatic dengan kerajaan Turki. Mereka juga telah membuka jalan kepada pertumbuhan ekonomi yang pesat.

Namun begitu, kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah’ masih tidak bergantung kepada Negara-negara lain dalam penyediaan kemudahan kepada rakyah. Malah, golongan elit telah menggunakan rempah ratus sertakain kapas yang berkualiti tinggi untuk diimport dari India.

Kerajaan ini telah memperoleh kekayaan melalui dua sumber iaitu cukai dan tanah jajarah. Pada tahun 1450an Serbia telah memberi ruang kepada Kerajaan ‘Uthmaniyyah’ untuk menguasai lombong-lombong perak diwilayah berkenaan. Segala kekayaan yang diperolehi telah disalurkan bagi kebajikan rakyat.


Pendidikan di Zaman Turki ‘Uthmaniyyah’
Suasana pendidikan pada Zaman Turki ‘Uthmaniyyah’ telah berda pada tahap yang cemerlang. Iaitu pada zaman pemerintahn Sultan Muhammad Al-Fateh. (Muhammad II) Beliau sangat menitikberatkan soal ilmu dan pendidikan kerana baginda sendiri juga telah menerima pendidikan yang sempurna sejak kecil.
Para alim ualam telah mendpat tempat yang tinggi disisi Sultan Muhammad al-fateh. Mereka telah memberi galakan yang baik kepada seluruh rakyat dalam mendalami ilmu pengetahuan. Sultan Muhammad Al-Fateh telah menubuhkan beberapa institusi pendidikan tinggi iaitu :
1)    Medresse yang bertaraf kolej
2)    Mektebs yang boleh didapati pada setiap pelusuk kampong
Kesungguhan Sultan Muhammad Al-Fateh untuk menjadikan rakyat dizaman pemerintahan menjadi golongan yang berpendidikan dan memiliki tahap intelektual yang tinggi terbukti telah Berjaya. Usaha ini telah menjadikan Turki sebuah Negara yang dipandang hebat dan dihormati oleh masyarakat dunia.

Sosial di Zaman Turki ‘Uthmaniyyah’

Suasana social di zaman Turki ‘Uthmaniyyah’ berada dalam keadaan yang aman dan stabil. Ia disebabkan kebijaksanaan dan kecekapan pemerintahan serta kestabilan ekonomi yang dinikmati oleh negara. Negara Turki telah menetapkan rakyat yang beragama Islam dan masyarakat bukan islam yang terdiri daripada penganut Kristian dan Yahudi.







Masyarakat bukan islam menikmati hak-hak seperti yang dinimati masyarakat islam. Namun kewajipan dan tanggungjawap yang perlu mereka tunaikan sama seperti rakyat beragama islam. Bagi masyarakat bukan islam mereka bebas untuk mengamalkan ajaran mereka tanpa ada sekatan daripada pemerintah.
Peristiwa ini menggambarkan secara jelas ketokohan pemerintahan kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah’ yang sangat prihatin terhadap rakyatnya tanpa mengira katurunan, bangsa atau anutan

Persiapan Awal Membebaskan Constantinople

Selama 2 tahun Sultan Muhammad Al-Fateh menaiki tahta. Baginda banyak mengkali pelan Kota Constantinople. Setiap malam baginda mengkaji bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga sempat mengkali kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang startegi yang sesuai untuk menyerang.

Baginda mengarahkan tenteranya untuk membina peralatan perang termoden seperti meriam besar. Meriam tersebut boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu.


Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh membawa bersama para ulamak da pakar motivasi ke medan perang. Sebaik sahaja mereka menghampiri dinding berjemaah, tentera Byzantine gentar melihat 150 000 tentera islam bersolat dibelakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

Pasukan Sultan Muhammad Al-Fateh tiba di Kota Constantinople pada hari Khamis 26 Rabiul Awal 857 H atau 6 April 1453 M. Di hadapan tenteranya, sultan Al-Fateh lebih dahulu berkhutbah mengigatkan tentang kelebihan jihd, kepentingan memuliakan niat dan harapan kemenangan dihadapan Allah SWT.


Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota Constantinople tersebut dihujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dindang luarnya rosak tetapi dinding masih tenguh.

Kemudian Kota Constantinople telah dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah dari hasil kebijaksanan Baginda mengankut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn.



Pada 27 Mei 1453, Sultan Muhammad Al-Fateh bersama tenteranya berusaha keras membersihkan diri di hadapan Allah SWT. Mereka memperbanyakkan solat, doa dan zikir. Sehingga tepat jam 1 pagi hari selsa 20 Jamadil Awal 857 H. Tanggal 29 Mei 1453, serangan uatam dilancarkan. Para mujahidin diperintahkan supaya meniggikan suara takbir kalimah tauhid sambil menyerang Kota tersebut.










Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan islam. Baginda menukar nama kepada Islambol (Islam Keseluruhan). Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya.



Kemerosotan Dan Kejatuhan Uthmaniyyah

KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN
 (1828M – 1908M)

Selepas kemangkatan Sultan Al-Qanuni pada tahun 1566 berlaku kemerosotan dalam empayar Turki ‘Uthmaniyyah’ . Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kemerosotan dan kejatuhan ini :
1)    Berlakunya peperangan antara umat islam
2)    Keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat muda islam
3)    Ramai umat islam bertindak murtad dari agama islam
4)    Pengaruh luar


Berlakunya peperangan antara umat islam
Sejak kejatuhan sisitem Khalifah yang terakhir, ramai umat islam yang telah berpecah dan berpuak-puak mengikut ideology dan matlamat oleh pemimpin mereka. Perkara ini sesungguhnya amat dilarang oleh Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.

Keruntuhan akhlak dikalangan masyarakat muda islam
Selepas sisitem Khalifah terakhir. Sistem perundangan bagi negara-negara islam bergantung kepada pemimpin bagi setiap Negara. Mereka berlandaskan hukum Hudud ataupun sisitem perundangan konvensional. Hukum Hudud berasaskan menghukum kepada pesalah-pesalah dengan meninggalkan kesan yang mendalam sehinggakan pesalah tidak berani untuk melakukan kesalahan lagi.
Sistem perundangan konvensial, hukuman bagi seseorang pesalah bergantung kepada apa yang telah termaktub di dlam buku perundangan Negara tersebut. Sebagai contoh, jika seseorang itu melakukan kesalahan mencuri. Pesalah tersebut akan dikenakan hukuman penjara disekian-sekian tahun bergantung kepada jumlah hasil kecuriannya. Hukum sebegini selalunya tidak meninggalkan kesan yang mendalam terhadap pesalah.

Ramai umat islam bertindak murtad dari agama islam
Sejak keruntuhaan sistem Khalifah dan tamadun Turki ‘Uthmaniyyah’, kebanyakan umat islam semakin tidak yakin dan percaya dengan agama yang anuti. Ia kerana tiada lagi sistem yang kuat yang dapat menampung mereka jika mereka mengalami kesusahan dan kesempitan. Oleh itu, ramai umat islam memilih untuk murtad dari menganut agama islam dengan memaling tadah kepada agama lain. Mereka mengharapkan kehidupan yang terjamin di dunia. Ramai anak anak muda yang semakin terpengaruh dengan budaya agama lain.

Pengaruh luar
Kbangkitan Eropah telah mendorong perluasan kuasa atau imperialism Barat. Pada peperangan dengan Austria sekitar tahun 1682 – 1689 yang menyebabkan kerugian yang besar bagi Turki Uthmaniyyah. Penyatuan Prince Eugene of Savoy dengan tentera Austria telah mengalahkan Turki dalam Perperangan Petewarden pada tahun 1716. Perjanjian PErdamaian Passarowit pada Julai 1718 menyebabakan Turki KEhilangan beberapa kawasanya.

Kejatuhan Turki ‘Uthmaniyyah’ telah memberi kesan kepada Negara-negara islam melalui 3 aspek iaitu :
1)    Politik
2)    Ekonomi
3)    Sosial

Politik

Kerajaan Turiki ‘Uthmaniyyah’ telahpun kehilangan institusi khalifah dalam kerajaan islam dan menyebabkan perpecahan Negara-negara islam dibawah satu pemerintahan. Kejatuhan ini menyerlah ketika Mustafa Kamal Antartuk mengisyitiharkan Turki sebagai Negara republik. Mustafa Kamal yang mengantikan Kesultanan Uthmaniyyah dan menjadi Pemoden Turki muda dan membewa perubahan dalam sisitem politik Turki. Oleh itu, perubahan ini telah melenyapkan sistem pemerintahan Khalifah di seruruh Negara Islam. Kelemahan kerajaan ini menyebabkan Negara dibawah naungannya telah membebaskan diri dan di takluk oleh pihak Eropah.

Ekonomi

Kemerosotan Turki ‘Uthmaniyyah’ telah mengakibatkanperang kerana Negara terpaksa membuat pembelanjaan yang besar untuk biaya perang. Selepas Perang Dunia 1, dengan persetujuan Sykes-Picot 1916 wilayah Turki ‘Uthmaniyyah’ telah dibahagikan kepada Perancis, Inggeris, Russia dan Itali. Penguasa Eropah dlam perdagangan menyebabkan Negara islam semakin merosot di Laut Hindi, Laut Mediternean. Oleh itu, Perancis dan Inggeris telah mengawal syarikat Terusan Suez dan orang Yahudi di Mesir memiliki hamper seluruh gedung  besar perniagaan dan banyak melibatkan diri dalam pasaran saham.

Sosial

Permodenan Turki telah menjadi ikutan Negara islam yang lain. Kepercayaan Fabian Oibti Salama Musa di Iran telah berpendapat bahawa kebudayaan barat menjadi kunci kepada reformasi social. Inggeris menggalakkan pemisahan Assyria dengan menubuhkan tentera khas untuk menisdas kaum Kurdi dan Turki yang tinggal di utara Iraq. 

Pembubaran Pemerintahan

PEMBUBARAN PEMERINTAHAN
 (1908M – 1924M)

Akhirnya, kemerosotan Turki ‘Uthmaniyyah’ telah membawa kepada kejatuha yang teruk. Kedudukan kerajaan turki yang besar dan luas dahulu telah hilang sama sekali pada penghujung abad ke-18 dan tinggal hanya beberapa daerah kecik yang masih berada dibawah taklukan Sultan Turki.
Setelah kekalahan dlam Perang Sunia 1 di tahun 1912 – 1919, semua wilayah masih tetap berada dibawah Kerajaan Uthmaniyyah. Dengan wilayah Eropahnya adalah kawasan di sekitar Istambul meluas sampai ke sebelah utara Edirne (Adrianople) dank e barat seampai ke Gallipoli.
Nama kerajaan Uthamniyyah pada tahun 1922 dan diganti kepada Kerajaan Rupublik Turki. Wilayah-wilayah jajahan di Asia dan Afrika dahulu telah hilang kecuali Anotolia yang masih berada di wilayah Republik Turki.