Tuesday 23 February 2016

Zaman Turki 'Uthmaniyyah'


ZAMAN TURKI ‘UTHMANIYYAH’








(1299M – 1924M)

Kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah’ diasaskan oleh Othman, iaitu putera kepada Ertoghrul. Kemunculan kerajaan ini adalah setelah berlakunya kejatuhan kerajaan Seljuk yang berlaku pada sekitar pertengahan kurun ke-13. Empayar ini dikenali oleh keluarga Bani Othman. Keluarga ini adalah sebahagian kecil suku bangsa Turki yang menetap disitu. Kerajaan ‘Uthmaniyyah’ ini berperanan menyatukan Anotolia dan negara-negara di rantau Balkan dibawah satu pemerintahan yang menjadikannya sebagai sebuah empayar Islam.

Pemerintahan kerajaan Islam Uthmaniyyah bermula pada akhir abad ke-13. Pemerintahan ini boleh dibahagikan kepada beberapa fasa iaitu :
1)    Peringkat awal penubuhan (1299 – 1453)
2)    Perkembangan dan pengukuhan (1453 – 1682)
3)    Perkembangan mendatar, kebangkitan nasionalisme dan cabaran pihak Barat (1683 – 1827)
4)    Kemerosotan dan kejatuhan (1828 – 1908)
5)    Perbubaran pemerintahan (1908 – 1924)


No comments:

Post a Comment