Tuesday 23 February 2016

Cabaran Dari Phihak Luar





























PERKEMBANGAN MENDAFTA, KEBANGKITAN NASIONALISME DAN CABARAN PIHAK BARAT
(1683M – 1827M)
                                                       
Kebangkitan ini adalah melalui beberapa sector iaitu :
1)    Ekonomi
2)    Pendidikan
3)    Social

Ekonomi di Zaman Turki ‘Uthmaniyyah’

Kerajaan ini telah Berjaya meguasai kota Istambul menyebabkan Negara-negara Eropah melihat kerajaan Turki ini sebagai suatu kerajaan yang hebat dan berwibawa. Oleh itu, Negara-negara Eropah telah menjalinkan hubungan diplomatic dengan kerajaan Turki. Mereka juga telah membuka jalan kepada pertumbuhan ekonomi yang pesat.

Namun begitu, kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah’ masih tidak bergantung kepada Negara-negara lain dalam penyediaan kemudahan kepada rakyah. Malah, golongan elit telah menggunakan rempah ratus sertakain kapas yang berkualiti tinggi untuk diimport dari India.

Kerajaan ini telah memperoleh kekayaan melalui dua sumber iaitu cukai dan tanah jajarah. Pada tahun 1450an Serbia telah memberi ruang kepada Kerajaan ‘Uthmaniyyah’ untuk menguasai lombong-lombong perak diwilayah berkenaan. Segala kekayaan yang diperolehi telah disalurkan bagi kebajikan rakyat.


Pendidikan di Zaman Turki ‘Uthmaniyyah’
Suasana pendidikan pada Zaman Turki ‘Uthmaniyyah’ telah berda pada tahap yang cemerlang. Iaitu pada zaman pemerintahn Sultan Muhammad Al-Fateh. (Muhammad II) Beliau sangat menitikberatkan soal ilmu dan pendidikan kerana baginda sendiri juga telah menerima pendidikan yang sempurna sejak kecil.
Para alim ualam telah mendpat tempat yang tinggi disisi Sultan Muhammad al-fateh. Mereka telah memberi galakan yang baik kepada seluruh rakyat dalam mendalami ilmu pengetahuan. Sultan Muhammad Al-Fateh telah menubuhkan beberapa institusi pendidikan tinggi iaitu :
1)    Medresse yang bertaraf kolej
2)    Mektebs yang boleh didapati pada setiap pelusuk kampong
Kesungguhan Sultan Muhammad Al-Fateh untuk menjadikan rakyat dizaman pemerintahan menjadi golongan yang berpendidikan dan memiliki tahap intelektual yang tinggi terbukti telah Berjaya. Usaha ini telah menjadikan Turki sebuah Negara yang dipandang hebat dan dihormati oleh masyarakat dunia.

Sosial di Zaman Turki ‘Uthmaniyyah’

Suasana social di zaman Turki ‘Uthmaniyyah’ berada dalam keadaan yang aman dan stabil. Ia disebabkan kebijaksanaan dan kecekapan pemerintahan serta kestabilan ekonomi yang dinikmati oleh negara. Negara Turki telah menetapkan rakyat yang beragama Islam dan masyarakat bukan islam yang terdiri daripada penganut Kristian dan Yahudi.







Masyarakat bukan islam menikmati hak-hak seperti yang dinimati masyarakat islam. Namun kewajipan dan tanggungjawap yang perlu mereka tunaikan sama seperti rakyat beragama islam. Bagi masyarakat bukan islam mereka bebas untuk mengamalkan ajaran mereka tanpa ada sekatan daripada pemerintah.
Peristiwa ini menggambarkan secara jelas ketokohan pemerintahan kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah’ yang sangat prihatin terhadap rakyatnya tanpa mengira katurunan, bangsa atau anutan

Persiapan Awal Membebaskan Constantinople

Selama 2 tahun Sultan Muhammad Al-Fateh menaiki tahta. Baginda banyak mengkali pelan Kota Constantinople. Setiap malam baginda mengkaji bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga sempat mengkali kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang startegi yang sesuai untuk menyerang.

Baginda mengarahkan tenteranya untuk membina peralatan perang termoden seperti meriam besar. Meriam tersebut boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu.


Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh membawa bersama para ulamak da pakar motivasi ke medan perang. Sebaik sahaja mereka menghampiri dinding berjemaah, tentera Byzantine gentar melihat 150 000 tentera islam bersolat dibelakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

Pasukan Sultan Muhammad Al-Fateh tiba di Kota Constantinople pada hari Khamis 26 Rabiul Awal 857 H atau 6 April 1453 M. Di hadapan tenteranya, sultan Al-Fateh lebih dahulu berkhutbah mengigatkan tentang kelebihan jihd, kepentingan memuliakan niat dan harapan kemenangan dihadapan Allah SWT.


Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota Constantinople tersebut dihujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dindang luarnya rosak tetapi dinding masih tenguh.

Kemudian Kota Constantinople telah dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah dari hasil kebijaksanan Baginda mengankut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn.



Pada 27 Mei 1453, Sultan Muhammad Al-Fateh bersama tenteranya berusaha keras membersihkan diri di hadapan Allah SWT. Mereka memperbanyakkan solat, doa dan zikir. Sehingga tepat jam 1 pagi hari selsa 20 Jamadil Awal 857 H. Tanggal 29 Mei 1453, serangan uatam dilancarkan. Para mujahidin diperintahkan supaya meniggikan suara takbir kalimah tauhid sambil menyerang Kota tersebut.










Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan islam. Baginda menukar nama kepada Islambol (Islam Keseluruhan). Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya.



No comments:

Post a Comment