Tuesday 23 February 2016

Perkembangan Uthmaniyyah

PERKEMBANGAN DAN PENGUKUHAN
(1453M – 1682M)







Pada tahun 1453 adalah pembukaan ‘Kota Constantinople’ (Islam Bol). Pembukaan kota ini menjadi tumpuan utama untuk menyebarkan islam ke seluruh benua Eropah. Para sejarawan telah menganggap peristiwa pembukaan kota ini adalah sesuatu peristiwa besar yang telah dicatatkan didalam sejarah dunia. Sultan Muhammad Al-Fateh juga telah menjadi tokoh yang penting dalam peristiwa tersebut. Beliau telah berjaya melakukan banyak perubahan dalam pentadbirannya. Nama ‘Kota Constantiniple’ juga telah ditukarkan kepada “Islam Bul” yang bermaksud Bandar Islam. Islam Bul juga kini telah dikenali sebagai ‘Istambul’
Pemerintahan kerajaan ‘Uthmaniyyah’ ini telah mencapai zaman kegemilangan pada zaman Sultan Muhammad Al-Fateh. Kerajaan ‘Uthmaniyyah’ banyak terkenal melalui :
1)    Ketua yang bijaksana






2)    Tenteranya yang hebat








3)    Mempunyai pasukan Armada Laut yang unggul








4)    Mempunyai pelabuhan-pelabuhan yang terkenal
Setelah pembukaan ‘Kota Constantinople’ (Istambul), rakyat telah diwajibkan untuk :
1)    Mengikuti pendidikan dan latihan tentera
2)    Kaum feudal atau tuan tanah perlu menyediakan kuda serta peralatan perang untuk disumbangkan kepada tentera.
3)    Membentuk angkatan baharu yang disebut ‘Janisari’ dan ‘Inkisariyah’



Dalam struktur pemerintahan kerajaan ‘Uthmaniyyah’, khalifah merupakan penguasa tertinggi dan dibantu oleh perdana menteri (sadr al-a’zham) dan gabenor (pasya). Dibawah gabenor, wujudnya jawatan pegawai daerah (al-janaziq). Sultan Sulaiman I juga telah digelar (al-Qanuni) kerana beliau telah memperkenalkan pelbagai peraturan dan undang-undang yang telah diguna pakai hingga abad ke-19.


No comments:

Post a Comment